Elya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan Elya yang telah mengambil masa dan memenatkan jari jemari mereka untuk menyampaikan sms kepada Elya dengan ucapan selamat ulang tahun yang ke dua puluh tiga. Dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan di friendster, KL, Elyo dan mana-mana jua merek berada. Kepada dian, nani dan aydah kerana sudi meluangkan masa untuk makan malam di swensens dengan Elya semalam. Terima kasih ye. Dan juga kepada rakan-rakan sekerja yang begitu prihatin dengan birthday kek Elya yang tak kesampaian. Takpe. Nanti lepas raya pun boleh belikan kek. Elya tak kisah. Sebelum Elya akhiri ucapan ini, Elya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penyokong2 dan kawan-kawan Elya untuk membuat Elya senyum sepanjang hari. Terima kasih!!!